Saturday, December 5, 2009

Pendedahan -Sama Rata- Sekolah Melayu Tertindas




Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 12 juta untuk diagih-agihkan kepada sekolah agama, tamil dan cina di Selangor. Amalan pembahagian adalah dibahagi-bahagikan mengikut pecahan bilangan jumlah sekolah dan pelajar.Sekolah Agama Rakyat di Selangor dengan 498 sekolah meliputi lebih 59% jumlah pelajar seluruh Selangor. Sekolah cina 32% (108) dan sekolah tamil 9% (97). Semasa perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat exco, Teresa Cock membantah cara pembahagian demikian dan menuduh ianya tidak adil dan bersifat "racist". YB-YB Melayu Islam hanya diam membatu dan langsung tidak membantah.Khalid Gagap memutuskan peruntukan dibagi samarata untuk setiap jenis sekolah menerima peruntukkan sejumlah RM 4 juta. Maknanya RM4 juta dibahagaikan diantara 97 sekolah Tamil. 108 buah sekolah Cina dibagai-bagikan peruntukan RM4 juta. Manakala, sekolah agama sebanyak 498 buah kena kongsi jumlah RM4 juta itu!
Tidak cukup itu, Khalid Gagap telah beri peruntukan tambahan berjumlah RM 2 juta kepada 4 sekolah Cina - Sek.Men Kwang Hua, Pin Hua School Klang, Sek Men Chung Hwa dan Sek. Men Hin Hua, Klang pada 27 Jun 2009. Ini adalah peruntukan yang berasingan dari peruntukan RM 4 juta untuk semua sekolah Cina.Pelajar Sekolah Ugama yang paling rugi. Bilangan ramai tetapi peruntukkan paling sedikit. Sudahlah tu, Sekolah CIna dapat lagi peruntukan tambahan.Ini bukti Khalid Ibrahim dan exco Melayu Islam sanggup gadaikan nasib dan masa depan pelajar Melayu untuk tunduk kepada kegelojohan Cina DAP dan Bukan Melayu dalam PKR.Ini bukti betapa rasis DAP hingga hanya pentingkan kaum Cina tanpa mahu memberi pertimbagan untuk berlaku adil kepada pelajart Islam yang lebih ramai di negara ini.Mana-mana komen tuduh rasis akan dibuang. Lihat juag rasisnya Theresa Kok DAP.
petikan diatas dari blog parpukari..
Persoalan yang perlu difikirkan.....Siapa yang didalam kerugian dalam pembangunan pendidikan sekarang ini...? Anda fikir-fikirkan...ibarat kera di hutan disusukan....anak dirumah kelaparan....


Thursday, October 22, 2009

Majlis Aidilfitri Pemuda Dun Meru











Majlis Aidilfitri Pemuda UMNO Dun Meru telah berlangsung dengan meriahnya pada 19 Okt 2009 Isnin malam Selasa bersama 30 Syawal 1430 bertempat di Taman Desa Permai, Batu 7 Meru kediaman Ustaz Nor Azizi Ishak -Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar merangkap Pengerusi Pemuda Dun Meru. Majlis bermula jam 8.30 malam sehingga jam 11.00 malam.
Barisan ahlijawatankuasa Pemuda UMNO Dun Meru tidak menyangka kehadiran tetamu pada malam itu adalah diluar jangkaan. Terdiri daripada pelbagai lapisan daripada peringkat akar umbi sehingga ke pemimpin atasan hadir bersama didalam majlis ini. Tetamu yang hadir juga dari pelbagai bangsa yang mana mencapai seruan slogan 1 Malaysia.
Barisan ahlijawatankuasa juga amat terharu dan berbesar hati dengan kehadiran rakan kami,Sdr Samsul Bahri Ramlan yang sedang dalam keuzuran akibat kemalangan yang dialami dalam bulan ramadhan yang lalu.
Kami memohon kemaafan sekiranya perjalanan majlis kami serba kekurangan kerana kehadiran adalah sememangnya diluar jangkaan. Kami akan perbaiki segala kelemahan dan kekurangan dimasa akan datang...
* Ralat - Tarikh digambar tidak tepat berikutan masalah kamera.

Monday, October 19, 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri

Dengan Berbesar hati, kami Pergerakan Pemuda UMNO Dun Meru ingin mempelawa rakan-taulan, sahabat-handai, ahli keluarga dan sanak saudara ke majlis sambutan hari raya yang kami anjurkan seperti berikut:

Tarikh : 19 Okt 2009 (Isnin)
Masa : 8.30-11.00 malam
Tempat: Taman Desa Permai, Bt.7 Jalan Meru (kediaman Naib Ketua Pemuda Bahagian Kapar-Sdr Ust Norazizi Ishak)

Disini kami ingin mempelawa semua yang mengenali kami tidak kira bangsa, agama serta fahaman politik agar dapat bersama memeriahkan majlis ini.Jumpa anda disana.....

Friday, October 16, 2009

Semangat 1Malaysia - "Happy Deepavali"




"Selamat Menyambut Perayaan Deepavali" - Menyahut seruan 1Malaysia - Pergerakan Pemuda UMNO Dun Meru mengambil kesempatan ini mengucapkan "Happy Diwali" kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan India dan beragama Hindu.Bertuah mempunyai sebuah negara aman dan makmur, pelbagai kaum dan berlainan agama hidup dalam keadaan yang penuh dengan warna warni kehidupan yang tidak mungkin dikecapi dinegara-negara yang lain... Walaupun berbilang bangsa namun kebajikan masih lagi terjaga...Hapuskan persengketaan yang ada...saling menghormati adalah satu sikap toleransi yang akan menjamin kesejahteraan agar Malaysia terus aman dan makmur....

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran


Assalamualaikum wbt....

Kami, Barisan saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Dun Meru ingin mengambil masa dan ruang ini ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin" kepada semua muslimin dan muslimat dan sesiapa jua yang meraikannya....


Kami juga dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja secara langsung atau tidak diatas sikap,perbuatan,tingkah laku,tutur perkataan, komen pedas atau panas atau apa jua yang telah menyinggung hati atau perasaan sesiapa sahaja tidak kira orang melayu atau bukan melayu, ahli umno atau bukan, pemimpin atau ahli pakatan rakyat, dan kepada smua rakyat Malaysia tidak kira berada dimana jua.
Kami ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia agar dapat bersama bekerjasama berwaspada dan menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan insan lain sewaktu musim perayaan ini. Dapatkan rehat yang cukup sekiranya anda memandu untuk pulang ke kampung halaman.Jangan biarkan musim perayaan anda diakhiri dengan tragedi. Ingatlah insan yang tersayang.
"YA ALLAH YA TUHANKU, DIAKHIR RAMADHAN INI, MULIAKAN DAN SAYANGI SAUDARA-SAUDARA KAMI INI, BAHAGIAKAN KELUARGA MEREKA, KESIHATAN MEREKA, BERKATI REZEKI MEREKA, KUATKAN IMAN MEREKA, BERIKAN KENIKMATAN IBADAH, JAUHKAN DARI FITNAH, SUBURKAN BENIH KEISLAMAN PADA ZURIAT KETURUNAN KAMI DAN TEMPATKAN SAUDARA-SAUDARA KAMI DIDALAM SYURGAMU TANPA DIHISAB YA ALLAH....AMIN YA ROBBAL ALAMIN..."

Tuesday, September 15, 2009

Dugaan Illahi


Salam....untuk makluman...seorang rakan kami Sdr Samsul Bahri Ramlan (AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar) telah ditimpa kemalangan jalanraya pada 14 Sept 2009 (Isnin) jam 2.30 pagi diLebuhraya Persekutuan.
Beliau telah ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Keadaan beliau agak serius dan berkeadaan stabil.
Kepada rakan-rakan seperjuangan sekiranya hendak melawat dan mengetahui perkembangan lanjut boleh terus ke PPUM.
Kami mohon rakan-rakan seperjuangan agar dapat bersama-sama mendoakan yang terbaik bagi beliau menempuhi dugaan illahi ini.
Kami Pergerakan Pemuda UMNO Dun Meru juga ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati dan berwaspada semasa dimusim perayaan ini.
Hargai Nyawa Sendiri dan Orang Lain.....
p/s : keadaan semasa beliau pada jam 10mlm 14 Sept 2009 - Beliau telah dibedah bagi mengeluarkan darah beku di mata dan muka dan masih belum menerima pelawat.
p/s : keadaan semasa beliau pada jam 12tgh 15 Sept 2009 - Beliau telah sedar dan ditempatkan di Wad 9 (Katil 34).

Monday, September 14, 2009

Program Berbuka Puasa Bersamamu anjuran GB4B Meru

Program Majlis Berbuka Puasa Bersamamu Anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Meru pada 13 Sept 2009 (Ahad) bertempat di perkarangan rumah Sdr Shahrom Jaafar di Jalan Nenas Meru.

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, ucapan aluan dan penyampaian sumbangan dari Pemuda UMNO Bahagian Kapar oleh AJK Pemuda Bahagian Kapar Sdr Mohd Faizal Mohamad Ramlan, GB4B Meru dan rakan-rakan persendirian.

Sdr Sharom Jaafar terharu dan berterima kasih kerana keprihatinan dari Pemuda UMNO, GB4B dan rakan-rakan.

Majlis berbuka berjalan dengan ringkas dan solat maghrib berjemaah bersama-sama...